NASMIR TOUR & TRAVEL AGENCY SDN BHD

Klik sini untuk info dalam bahasa English.

Nasmir Tour & Travel Agency beroperasi serentak pada 23 Februari 2007 bersamaan dengan pembukaan Golden Nasmir Hotel yang terletak didalam premis hotel. Nasmir Tour & Travel Agency merupakan sebuah syarikat pelancongan yang didaftar dibawah Kementerian Pelancongan Malaysia dan bernaung dibawah Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA).

 

Objektif penubuhan syarikat ini untuk menyahut seruan Kerajaan bagi meningkatkan lagi penyertaan pengusaha Bumiputera dalam industri pelancongan yang merupakan penyumbang kedua kepada ekonomi Negara.

Perkhidmatan yang disediakan

Membuat tempahan tiket untuk Penerbangan/ Kapal Pelayaran

Menawarkan pakej pelancongan termasuk Umrah dan ziarah dan pakej muslim

Membuat tempahan hotel seluruh Malaysia dan luar negara.

Penyewaan bas persiaran

Insuran perjalanan

Permohonan Visa

Pakej Taman Tema

Koc/Bas

 

Kami menjadi sumber utama dalam menyediakan penyewaan koc /bas pada bila-bila masa dan dimana sahaja di Malaysia.

Kami menawarkan cara yang yang mudah, boleh dipercayai dan kos yang sangat efektif.

Kami berpengalaman dalam menyediakan perkhidmatan koc/bas seperti Bas Persiaran, Bantuan pelancongan, pengangkutan ulang-alik dari Lapangan Terbang ke destinasi secara berkumpulan.

Pasukan kami yang berpengalaman dan profesional dari segi pemanduan dan merancang perjalanan, kami bangga dapat menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang selesa dan diyakini. Agensi kami terjamin kerana mementingkan piawaian kualiti yang tinggi , konsisten dan dipercayai.

Selain itu, setiap anjuran lawatan atau perjalanan adalah secara ekslusif dan memberi khidmat kepada para pelanggan bagi setiap lawatan atau perjalanan, terdiri dari pasukan yang berdedikasi dan profesional untuk membantu merancang dalam pelaksanaannya.

Bagi bas , ia dilengkapi penyaman udara, ruang yang luas , keselesaan pada tempat duduk supaya perjalanan akan menjadi lebih menyeronokkan. Kami juga menyediakan hiburan seperti TV, VCD, dan KTV semasa dalam perjalanan. Sekiranya perjalanan ini adalah perjalanan jarak jauh, kami juga akan menyediakan pemandu kedua.

Pemandu kami sangat berpengalaman dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan biasa dalam pengendalian secara berkumpulan. Pemandu kami bersedia pada bila-bila masa dalam memberikan perkhidmatan separuh hari,  seharian, atau untuk beberapa hari mengikut permintaan.

Kadar harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan. Jadi tempahlah Koc/bas/ dengan Nasmir Tour& Travel hari ini juga.

Kemudahan yang disediakan:

  • Berkapasiti 40 orang penumpang (kerusi Mewah).
  • Tingkap besar (Window Glass) untuk menikmati panorama sewaktu perjalanan.
  • Ruang tempat duduk yang besar, selesa dan boleh dilaraskan dalam posisi baring.
  • Setiap unit tempat duduk dilengkapi lampu LED (untuk membaca) dan pelaras suhupenyaman udara mengikut kehendak individu.
  • Alas tangan dan tempat letak kaki tersedia.
  • Hiburan sewaktu perjalanan seperti menonton VCD dan sebagainya.
  • Bahan bacaan.