BANTUAN

Bantuan Perbelanjaan Bulanan – OKU

Misi Bantuan Banjir
- Syarikat Nasmir Holding (P.P) Sdn Bhd telah menjalankan misi bantuan banjir di negeri Kelantan.
- Nasmir peruntuk RM80,000 untuk mangsa terjejas banjir di Kelantan
- Prihatin dengan nasib mangsa terjejas banjir di Kelantan. Nasmir Holding Sdn Bhd tampil menghulur bantuan bernilai 80 Ribu Ringgit dalam bentuk barang keperluan harian antaranya pakaian, makanan, minuman dan sejadah.
- Pengarah Urusan, Dato’ Kadhar Shah Bin Abdul Razak telah mengetuai sendiri misi bantuan berkenaan bersama 30 orang kakitangan Nasmir dalam menghantar kesemua bantuan terbabit.
- Sebanyak tiga buah lori, sebuah bas dan empat buah kereta digerakkan terus ke Kuala Krai.
- Misi kemudian bertukar ke daerah Gua Musang selepas memberi bantuan rumah ke rumah di Kuala Krai.
Bantuan persekolahan
- Bantuan persekolahan yang diberikan berbentuk bantuan kewangan dan juga barangan persekolahan seperti beg, kasut, baju dan stoking sekolah. Ianya diberikan setiap hujung tahun sebelum sesi persekolahan bermula.
Bantuan Perbelanjaan Bulanan
- Bantuan perbelanjaan kewangan diberikan kepada keluarga Oku di Sungai Dua, Pulau Pinang dimana keluarga ini terdiri daripada 4 beradik yang lumpuh anggota tubuh badan.
- Bantuan kewangan juga diberikan kepada sebuah keluarga yang kurang kemampuan dan serba serbi kekurangan.
Pembinaan Masjid Al-Nasmir di Cambodia
- Pembinaan Masjid Al-Nasmir tersebut adalah bertujuan bagi membantu umat Islam di perkampungan tersebut mengerjakan ibadah solat dan sebagainya.
- Bantuan berupa barangan keperluan harian juga diberikan kepada penduduk setempat bagi meringankan bebanan mereka.